Laman Rasmi Pendaftaran Sijil MOF & CIDB

sila klik:

http://www.daftarmof.biz

Perkhidmatan serendah RM950! Tanpa deposit!

Pengenalan

Perkhidmatan yang ditawarkan kami adalah serendah RM950 tanpa bayaran deposit dan bayaran hanyalah dibuat setelah lulus permohonan. Tiada kerunsingan, tiada bebanan! Layari http://www.daftarmof.biz untuk maklumat lanjut.

Salam..

Saya bersedia membantu menguruskan pendaftaran anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi mendapatkan sijil MOF sebagai kontraktor pembekal mahupun perunding.

Saya, Adi merupakan bekas peserta rancangan realiti TV9, iaitu Akademi Nasyid dan kini saya telah bersama kumpulan Nasyid Saujana.

Saya merupakan graduan jurusan Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, UKM dan telah menjalankan perniagaan sendiri iaitu dalam bidang Kontraktor bermula pada tahun 2002 lagi.

Syarikat saya iaitu, ADY INGENIOUS juga menjalankan urusan pendaftaran kontraktor dan pembekal dengan Kementerian Kewangan (MOF) & CIDB, dimana syarikat saya mempunyai pengalaman selama 4 tahun dalam bidang urusan pendaftaran ini.

Luangkan sedikit masa anda mendapatkan panduan dan maklumat dari laman web saya dan jika bersedia menggunakan perkhidmatan syarikat saya, silalah berhubung dengan saya.

Ingin mendapat keterangan lebih lanjut mengenai pendaftaran sijil kementerian kewangan (MOF) yang dilakukan melalui eperolehan, sila layari laman sawang rasmi syarikat saya di:

---------------------------------- http://www.daftarmof.biz ---------------------------------

______________________________________________________________________

Blog ini sekadar jurnal atau diari aktiviti urusan rundingan seharian syarikat saya. Jika ingin mendapatkan maklumat segera, sila hubungi saya:

Adi - 016 635 4488

Terima kasih....

Sabtu, 8 Disember 2012

Jom layan video klip terbaru kami

Saja nak share.. Jom tengok video klip terbaru dari kami, Saujana yang berduet dengan kumpulan rock terkenal di Malaysia iaitu Sixth Sense.. Judulnya, Penerang Hati.. Moga hati-hati kita akan diterangkan oleh Allah SWT ..

Penerang Hati - Sixth Sense feat Saujana


Maaf atas lama menghilang..

Salam semua,

Wah, rasanya dah terlalu lama tak update blog ni. Sibuk dengan urusan lain dan fokus kepada website daftarmof.biz je. In shaa Allah, lepas ni akan selalu di update. Saya akan updatekan juga senarai nama-nama syarikat yang telah berdaftar dengan kami sepanjang tahun 2012 ini.

Jumpa lagi..

Rabu, 21 April 2010

Blog En Hazimi

Salam,

Saya ingin kongsikan blog sahabat yang saya kenali ketika di Akademi Nasyid, TV9. Beliau merupakan manager kepada Kumpulan In-heart ketika itu. Layari blog beliau untuk mengetahui cerita-cerita beliau di:

                                                http://www.jarijimi.blogspot.com/

Terima kasih...

Permohonan Pembaharuan

Salam,

Maaf atas lama tidak update blog ini. Sebenarnya sibuk menguruskan permohonan MOF bagi  beberapa buah syarikat semenjak minggu lepas. Dan saya pula baru pulang dari Acheh, Indonesia minggu lepas bagi memenuhi undangan persembahan nasyid untuk Unsyiah Fair, Universitas Syiah Kuala, Darussalam.

Pengalaman yang hebat dan penuh menginsafkan bila melawat ke muzium tsunami dan bekas-bekas tapak yang pernah dilanda tsunami. Tidak dapat digambarkan dengan perkataan bila melihat kejadian besar yang meragut nyawa penghuninya melainkan istighfar dan memohon perlindungan daripada Allah SWT. Moga anda semua dapat menjejakkan kaki ke sana bagi merasai sendiri pengalamannya.


Baiklah! Kita ingin bercerita mengenai permohonan pembaharuan bagi syarikat Shazie Enterprise. Pemilik syarikat, Cik Noor Azian telah saya kenali semenjak 3 tahun lepas bermula daripada beliau ingin berdaftar dengan MOF dan kini apabila pendaftaran MOF beliau hampir tamat tempoh, beliau menghubungi saya semula. Alhamdulillah. Pendaftaran pembaharuan beliau telah pun berjaya dan segalanya berjalan lancar.


Selasa, 30 Mac 2010

Alhamdulillah..

Alhamdulillah,

Permohonan pendaftaran MOF syarikat Imran & Family Enterprise telah lulus dan berjaya lulus dalam tempoh satu hari sahaja selepas dokumen dihantar. Tahniah kepada pegawai yang menguruskan pendaftaran ini. Mungkin dokumen tidak banyak untuk diproses.


Bidang-bidang yang dipohon pun semuanya lulus. Alhamdulillah...



Moga segala urusan selepas ini berjalan dengan lancar hendaknya. Amin....

p/s: Hari tu pegi showcase ABP di klang parade. Akhirnya berjaya juga bergambar dengan artis kegemaran setelah 13 tahun.


Sorry i cant help it..hihi.. :)

Khamis, 25 Mac 2010

Lama Betul Tak Update

Salam semua,

Mohon maaf saya kepada semua yang mengikuti perkembangan blog saya (ada ke?).. Rasanya dah lama sangat saya tak update blog ini lebih-lebih lagu mengenai urusan pendaftaran MOF. Minggu lepas sebenarnya permohonan syarikat MAREGO Entertainment telah pun lulus. Proses permohonan mengikut prosedur masa yang ditetapkan oleh MOF, iaitu selama 7 hari.



Pada minggu lepas juga, saya telah menghantar permohonan syarikat Sikap Juara Sdn Bhd dan Advance Way Construction Sdn Bhd bagi permohonan kategori G3, CIDB. Alhamdulillah, semuanya lulus dalam tempoh seminggu.

Pada hari ini, saya telah menghantar permohonan syarikat Imran & Family Enterprise bagi permohonan baru pendaftaran MOF. Insya Allah, permohonan ini jika tiada masalah, akan lulus pada hari Rabu minggu hadapan.


Moga semuanya berjalan lancar, Insya Allah...

Selasa, 23 Februari 2010

Lamanya Tidak Update Blog

Salam semua,

Lamanya tidak update blog. Semenjak cuti Raya Cina hari tu sibuk dengan show di KB dan minggu lepas berada di Kuala Terengganu menjayakan konsert Malam Sinar Maulidurrasul.

Moga semuanya berjalan lancar. Insya Allah..